MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 Assignment 2026 | OUM

School

Open University Malaysia (OUM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

03/16/2026

MPU3182 Assignment 

Soalan Tugasan

Tujuan

Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban di Malaysia.

Keperluan

Tugasan ini mempunyai empat (4) tugasan. Jawab semua.

Tugasan 1

Soalan 1

a) Gunakan konsep “Tiang Seri” untuk menerangkan peranan institusi beraja dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia pada masa kini. Beri satu contoh ringkas. (Tidak melebihi 3 halaman).

b) Terangkan dengan satu contoh bagaimana Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar universiti yang berbilang kaum. (Tidak melebihi 3 halaman).

c) Huraikan bagaimana Perkara 3(1) (Islam sebagai agama Persekutuan) dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk Malaysia tanpa menjejaskan kebebasan beragama kaum bukan Islam. Berikan dua contoh ringkas dalam kehidupan seharian atau dasar kerajaan. (Tidak melebihi 4 halaman)

Soalan 2 (20 markah)

[Kit Kempen Kesedaran Digital (Digital Advocacy Toolkit)]

A. Objektif Tugasan

Tugasan ini bertujuan untuk:

  • Membantu pelajar memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang undang tertinggi negara dan tiang seri etika dan peradaban dalam masyarakat majmuk di Malaysia;
  • Menjelaskan isi Perlembagaan Persekutuan kepada orang awam dengan menggunakan bahasa yang mudah;
  • Mereka bentuk bahan kempen kesedaran digital yang sesuai untuk belia yang berumur 18 hingga 25 tahun; dan
  • Menghubungkan Perlembagaan Persekutuan dengan kehidupan seharian dan nilai etika bersama.

B. Fokus Kandungan

Pelajar perlu memilih tiga (3) aspek penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan etika dan peradaban untuk diterangkan kepada belia. Ccontohnya

  • Kesultanan atau pemerintahan beraja
  • Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

C. Komponen Tugasan

Tugasan ini terdiri daripada dua (2) komponen dalam satu kit kempen:

  • Komponen I: Infografik atau Kartun Digital
  • Komponen II: Laporan Strategi Kempen Digital

Komponen I – Infografik atau Kartun Digital (Markah: 10%)

Keperluan:

  • Hasilkan tiga (3) hingga lima (5) keping bahan visual dalam bentuk:
    o Infografik, atau
    o Kartun digital (komik ringkas), atau
    o gabungan kedua duanya
  • Semua bahan visual perlu:
    o Menerangkan tiga (3) aspek penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang anda pilih;
    o Mengaitkan aspek-aspek tersebut itu dengan etika, peradaban dan kehidupan bersama di Malaysia;
    o Menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk belia 18 hingga 25 tahun.

Komponen II – Laporan Strategi Kempen Digital (Markah: 10%)

Panjang laporan adalah lebih kurang 500 patah perkataan

Laporan ini menerangkan strategi di sebalik kit kempen anda. Ia mesti mengandungi:

  1. Pengenalan
  • Tujuan kempen
  • Contoh: Membantu belia yang berumur 18 hingga 25 tahun memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai asas etika dan peradaban.
  1. Sasaran audiens dan platform
  • Siapakah sasaran kempen?
    o Belia yang berumur 18–25 tahun
  • Apakah platform digital yang dipilih?
    o Contoh: Instagram, TikTok, X
  • Mengapakah anda memilih platform itu?
  1. Strategi kandungan dan gaya komunikasi
  • Mengapakah anda memilih infografik atau kartun digital?
    o Gaya bahasa yang digunakan adalah santai, ringkas, mesra belia
  • Bagaimanakah anda menyesuaikan mesej Perlembagaan Persekutuan dengan dunia belia yang berumur 18–25 tahun?
  1. Sumbangan kempen kepada etika dan peradaban
  • Cara-cara kempen boleh:
    o Mengurangkan salah faham tentang Perlembagaan Persekutuan
    o Menggalakkan hormat antara kaum dan agama
    o Membentuk belia yang berumur 18–25 tahun untuk menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab.
  1. Penutup ringkas
  • Rumusan dan harapan terhadap kesan kempen

Nota teknikal ringkas

  • Infografik atau kartun boleh dibuat menggunakan mana-mana aplikasi digital.
  • Pelajar perlu menyalin masuk hasil visual ke dalam dokumen, kemudian eksport sebagai PDF.
  • Pastikan visual jelas dan mudah dibaca oleh e-grader. Visual yang kurang jelas boleh menyebabkan pemotongan markah.

Kriteria Penilaian:

  • Komponen I: Infografik atau Kartun Digital – 10%
  • Komponen II: Laporan Strategi Kempen Digital – 10%

 Jumlah Keseluruhan Tugasan 1: 30 Markah

Tugasan 2 (20 markah) – Penulisan Refleksi

Anda dikehendaki membuat penulisan refleksi kendiri berdasarkan soalan-soalan yang berikut:

  1. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan?
  2. Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan?
  3. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan?
  4. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban?

(Terhad kepada 6 halaman sahaja)

20 Markah)

Complete Your MPU3182 Assignment With Expert Support

MPU3182 RUBRIK TUGASAN

Tugasan 1 (30%)

Soalan 1 (10 markah)

NS CLO Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah Maksimum
4 3 2 1 0
1 (a) 1 Gunakan konsep “Tiang Seri” untuk menerangkan peranan institusi beraja dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia pada masa kini. Beri satu contoh ringkas. 0.75 Menerangkan dengan tepat dan padat konsep “Tiang Seri”. Menerangkan dengan jelas dan meyakinkan peranan institusi beraja sebagai lambang perpaduan serta pemelihara kepentingan semua kaum. Contoh ringkas yang diberikan sangat relevan dan terkini. Jawapan adalah asli tanpa dipengaruhi AI. Menerangkan konsep “Tiang Seri” dengan betul tetapi ringkas sahaja. Menerangkan peranan institusi beraja dengan cukup baik tetapi kurang terperinci atau kurang mendalam. Contoh sesuai tetapi agak umum. Jawapan adalah ditulis sendiri walaupun mungkin ada sedikit pengaruh luar termasuk AI. Hanya menerangkan secara umum tentang institusi beraja tanpa kaitan yang kukuh dengan konsep “Tiang Seri”. Penerangan peranan sangat ringkas atau separa sahaja. Contoh diberikan lemah atau kurang jelas. Jawapan adalah kurang asli dan terdapat tanda-tanda dipengaruhi cadangan AI. Gagal menerangkan konsep “Tiang Seri” atau penerangan adalah kurang tepat. Penerangan peranan sangat cetek atau tidak berkaitan langsung dengan perpaduan kaum. Contoh tidak wujud atau langsung tidak relevan. Jawapan adalah banyak bergantung pada AI tanpa pengubahsuaian. Tiada jawapan diberikan, ATAU Jawapan tidak berkaitan langsung dengan soalan. Jawapan hanya berisi fakta tidak relevan atau salah. Tidak menunjukkan sebarang pemahaman tentang topik. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara. Jawapan adalah salinan langsung daripada AI tanpa sebarang usaha sendiri. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). 3
1 (b) 1 Terangkan dengan satu contoh bagaimana Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar universiti yang berbilang kaum. 0.75 Menerangkan dengan tepat dan jelas maksud Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi). Menerangkan secara meyakinkan bagaimana bahasa ini menjadi alat perpaduan pelajar pelbagai kaum di universiti. Contoh yang diberikan spesifik, realistik dan menunjukkan pelaksanaan sebenar. Jawapan adalah asli tanpa dipengaruhi AI. Menerangkan Perkara 152 dengan betul tetapi ringkas. Penerangan tentang peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan cukup baik tetapi kurang mendalam. Contoh diberi sesuai tetapi agak umum. Jawapan adalah ditulis sendiri walaupun mungkin ada sedikit pengaruh luar termasuk AI. Menerangkan Perkara 152 secara separa atau sangat ringkas. Hanya sebut bahasa Melayu menyatukan tanpa penjelasan yang kukuh. Contoh samar atau kurang berkaitan dengan suasana universiti. Jawapan adalah kurang asli dan terdapat tanda-tanda dipengaruhi cadangan AI. Salah faham Perkara 152 atau terangkan secara tidak tepat. Tiada atau hampir tiada penerangan tentang perpaduan. Contoh tidak wujud atau langsung tidak relevan. Jawapan adalah banyak bergantung pada AI tanpa pengubahsuaian. Tiada jawapan atau jawapan tidak berkaitan sama sekali. Tiada contoh sama sekali. Jawapan adalah salinan langsung daripada AI tanpa sebarang usaha sendiri. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). 3
1 (c) 1 Huraikan bagaimana Perkara 3(1) (Islam sebagai agama Persekutuan) dapat dilaksanakan dalam masyarakat majmuk Malaysia tanpa menjejaskan kebebasan beragama kaum bukan Islam. Berikan dua contoh ringkas dalam kehidupan seharian atau dasar kerajaan. 1.0 Huraikan dengan sangat tepat dan jelas: Islam sebagai agama Persekutuan hanya merujuk status rasmi negara, bukan memaksa agama lain. Tekankan fasal imbangan dalam Perkara 3 sendiri dan Perkara 11 (kebebasan beragama). Kedua-dua contoh sangat relevan, ringkas dan menunjukkan pelaksanaan sebenar. Jawapan adalah asli tanpa dipengaruhi AI. Huraikan dengan betul bahawa Perkara 3(1) tidak menjejaskan kebebasan beragama. Huraian agak lengkap tetapi kurang terperinci atau kurang sebut fasal imbangan. Kedua-dua contoh sesuai tetapi agak umum atau kurang spesifik. Jawapan adalah ditulis sendiri walaupun mungkin ada sedikit pengaruh luar termasuk AI. Huraikan secara ringkas sahaja atau terdapat sedikit kekeliruan. Hanya sebut “Islam agama rasmi tapi orang lain bebas” tanpa hubungkait yang kukuh. Hanya satu contoh yang jelas, satu lagi lemah atau tiada dua contoh. Jawapan adalah kurang asli dan terdapat tanda-tanda dipengaruhi cadangan AI. Huraian sangat cetek atau terdapat salah faham. Jawapan tidak menjawab “tanpa menjejaskan kebebasan beragama”. Contoh tidak wujud, salah atau tidak berkaitan langsung. Jawapan adalah banyak bergantung pada AI tanpa pengubahsuaian. Tiada jawapan atau jawapan langsung tidak berkaitan dengan soalan. Jawapan adalah salinan langsung daripada AI tanpa sebarang usaha sendiri. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). 4
      2.5 10

Soalan 2 (20 markah)

NS CLO Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah Maksimum
4 3 2 1 0
2. 3 Komponen I: Infografik atau Kartun Digital (3–5 keping) 2.5 Semua 3–5 visual sangat jelas, tepat dan konsisten menerangkan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih. Perkaitan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih dengan etika dan peradaban adalah sangat signifikan serta sesuai untuk belia berusia 18–25 tahun. Bahasa ringkas, mudah dan sangat berkesan. Reka bentuk sangat kreatif, kemas, mudah dibaca dan benar-benar mesra media sosial. Semua 3–5 visual jelas dan tepat dengan penerangan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih. Perkaitan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih dengan etika dan peradaban wujud dan agak signifikan sesuai untuk belia 18–25 tahun. Bahasa mudah dan sesuai. Reka bentuk menarik serta tersusun, hanya sedikit ruang untuk diperkemas. Visual memenuhi keperluan minimum tetapi penerangan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilihmasih umum. Perkaitan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih dengan etika dan peradaban tidak konsisten dalam semua visual. Bahasa kadang-kadang terlalu panjang atau terlalu ringkas hingga mesej kurang kuat. Reka bentuk biasa dan kurang kemas di beberapa bahagian. Sebahagian visual tidak jelas atau terdapat ketidaktepatan fakta dalam penerangan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih masih umum. Perkaitan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan yang dipilih yang dipilih agak lemah. Bahasa kurang sesuai untuk belia atau terlalu teknikal. Reka bentuk kurang menarik dan sukar dibaca. Tidak memenuhi keperluan tugasan. Visual kurang daripada 3 keping atau kandungan tidak berkaitan dengan tiga aspek Perlembagaan Persekutuan. Reka bentuk tidak membantu pemahaman. 10
  3 Komponen II: Laporan Strategi Kempen Digital (±500 patah perkataan)     2.5 Laporan sangat tersusun dan lengkap. Menjelaskan tujuan kempen, sasaran belia dan platfom, strategi kandungan dan gaya komunikasi dengan justifikasi yang kuat dan logik. Menghuraikan sumbangan kempen kepada etika dan peradaban secara jelas dan meyakinkan. Bahasa kemas, matang dan mudah difahami. AI digunakan untuk membantu cari bukti tetapi ditapis dengan baik daripada pelajar. Laporan tersusun dengan baik. Menjelaskan tujuan kempen, sasaran belia dan platfom, strategi kandungan dan gaya komunikasi dengan justifikasi yang baik, tetapi kurang mendalam berbanding tahap cemerlang. Menghuraikan sumbangan kempen kepada etika dan peradaban dengan baik. Bahasa umumnya kemas dengan sedikit kelemahan kecil. AI digunakan dengan baik, tetapi kurang analisis daripada pelajar. Laporan mempunyai struktur asas. Menjelaskan tujuan kempen, sasaran belia dan platfom, platform, strategi kandungan dan gaya komunikasi dengan secara sederhana iaitu umum dan ringkas. Menghuraikan sumbangan kempen kepada etika dan peradaban dengan secara sederhana iaitu umum dan ringkas. Bahasa boleh difahami namun kurang mantap. AI digunakan berlebihan tanpa analisis daripada pelajar. Struktur laporan tidak jelas. Menjelaskan tujuan kempen, sasaran belia dan platfom, platform, strategi kandungan dan gaya komunikasi adalah kabur. Huraian tentang sumbangan kempen kepada etika dan peradaban adalah sangat lemah. Banyak kesilapan bahasa yang menjejaskan kefahaman. AI menjadi sumber utama tanpa sumbangan daripada pelajar. Laporan terlalu pendek atau jauh daripada panjang yang dicadangkan. Tidak merangkumi elemen wajib. Hujah tidak jelas atau tidak berkaitan dengan kehendakan laporan. Bahasa sangat lemah dan sukar difahami. Isi hampir sepenuhnya hasil AI tanpa pemikiran kritis daripada pelajar. 10
    Jumlah 5 20

Tugasan 2 (20%)

Rubrik Jurnal Reflektif

NS CLO Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah Maksimum
4 3 2 1 0
2 Penulisan Laporan ReflektifAnda dikehendaki membuat penulisan refleksi kendiri berdasarkan soalan-soalan yang berikut:i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan?ii. Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan?iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan?iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? 5.0 i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan? Memberi 2-3 contoh sebenar yang sangat spesifik dan dekat dengan kehidupan harian. Mengaitkan contoh-contoh dengan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan sangat jelas dan berhemah. Jawapan asli milik sendiri dan tidak bergantung pada AI; jika AI digunakan untuk semakan bahasa, dinyatakan ringkas. ii: Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan? Menjelaskan pandangan secara komprehensif dan relevan tentang peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan. Menunjukkan kesedaran bahawa kedua-duanya penting untuk masyarakat majmuk. Huraian menunjukkan refleksi peribadi yang tulen tanpa bergantung pada AI. iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan? Menghuraikan garis etika yang jelas, praktikal dan relevan yang perlu anda pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan. Refleksi jelas menunjukkan pemikiran kritis serta keaslian idea tanpa bergantung pada AI. iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? Menjelaskan sebab-sebab komitmen itu dipilih dengan sangat jelas serta bagaimana ia berkait dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban. Refleksi jelas menunjukkan pemikiran kritis serta keaslian idea tanpa bergantung pada AI. i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan? Memberi 2-3 contoh sebenar yang relevan dan dekat dengan kehidupan harian. Mengaitkan contoh-contoh dengan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan jelas. Jawapan kekal suara sendiri dan tidak disusun oleh AI; penggunaan AI terhad pada semakan ejaan atau tatabahasa sahaja. ii: Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan? Menjelaskan pandangan secara baik tentang peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan. Terdapat unsur refleksi peribadi, walaupun kurang mendalam, serta masih mengekalkan keaslian jawapan. iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan? Menghuraikan garis etika yang jelas dan perlu anda pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat unsur kreativiti, walaupun kurang mendalam, dan masih mengekalkan keaslian tanpa pergantungan pada AI. iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? Terdapat kaitan Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban tetapi perincian tindakan masih sederhana. Terdapat unsur kreativiti, walaupun kurang mendalam, dan masih mengekalkan keaslian tanpa pergantungan pada AI. i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan? Memberi contoh umum atau kurang terperinci. Mengaitkan contoh-contoh dengan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan ringkas. Elakkan frasa generik seperti hasil AI dan pastikan penjelasan ditulis dengan kata-kata sendiri. ii. Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan? Jawapan menjelaskan pandangan secara baik tentang peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan tetapi hanya dijelaskan secara ringkas atau umum. Refleksi peribadi kurang jelas, dan ada petanda jawapan terlalu generik seolah-olah dipengaruhi oleh AI tanpa pengalaman peribadi yang ketara. iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan? Jawapan menghuraikan garis etika yang umum dan perlu anda pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan, tetapi huraian kurang jelas atau terlalu ringkas. Terdapat tanda jawapan bersifat generik dan mungkin dipengaruhi oleh AI tanpa pengalaman atau kreativiti peribadi yang ketara. iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? Komitmen wujud tetapi umum seperti “akan lebih hormat” tanpa pelan tindakan yang jelas. Terdapat tanda jawapan bersifat generik dan mungkin dipengaruhi oleh AI tanpa pengalaman atau kreativiti peribadi yang ketara. i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan? Memberi contoh kabur atau terlalu umum. Perkaitan contoh-contoh dengan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan adalah tidak jelas atau umum. Tanda-tanda bergantung pada AI ketara. ii: Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan? Jawapan terlalu umum atau hanya menyebut contoh tanpa huraian yang bermakna. Refleksi peribadi hampir tiada, dan gaya jawapan menunjukkan pergantungan pada respons AI tanpa keaslian. iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan? Jawapan terlalu umum atau klise, tanpa huraian bermakna mengenai garis etika yang umum dan perlu anda pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan. Refleksi peribadi hampir tiada dan gaya jawapan menunjukkan pergantungan pada respons AI tanpa usaha sendiri. iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? Komitmen kabur atau terlalu ideal tanpa menunjukkan bagaimana mahu melaksanakannya. Refleksi peribadi hampir tiada dan gaya jawapan menunjukkan pergantungan pada respons AI tanpa usaha sendiri. i. Apakah contoh-contoh kecil dalam hidup saya yang menunjukkan amalan nilai perpaduan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan? Tiada contoh pengalaman atau tersasar daripada soalan. Kandungan kelihatan disalin atau dijana AI. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). ii: Bagaimanakah saya melihat peranan institusi negara dalam menjaga keseimbangan antara kestabilan dan kebebasan? Jawapan tiada contoh yang relevan atau hanya menyalin maklumat generik. Tiada refleksi peribadi dan berisiko tinggi datang daripada penggunaan AI semata-mata tanpa sebarang usaha sendiri. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). iii. Jika saya seorang pencipta kandungan digital, apakah garis etika yang saya perlu pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan? Jawapan tidak menghuraikan garis etika yang umum dan perlu anda pegang apabila membincangkan Perlembagaan Persekutuan. Kandungan terlalu umum atau menyalin maklumat generik, dengan risiko tinggi datang sepenuhnya daripada AI tanpa keaslian. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). iv. Apakah satu komitmen peribadi yang saya ingin tetapkan selepas memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri etika dan peradaban? Jawapan langsung tidak berkaitan dengan soalan atau terlalu menyalin maklumat generik. Tiada analisis, tiada refleksi peribadi, dan jelas menunjukkan pergantungan penuh pada AI tanpa keaslian. E-grader mengesan plagiarisme yang ketara (E-grader menyertakan bukti-bukti plagiarisme). 20
Jumlah 5.0 20
Jumlah (Tugasan 1 + Tugasan 2) 12.5 50

 Nota:

Penggunaan alat AI generatif (cth. ChatGPT) tidak dibenarkan. Sila rujuk “PEKELILING PENDAFTAR 5/2024: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE – AI) DALAM PEMBELAJARAN, PENILAIAN DAN PROJEK/DISERTASI/TESIS.

Get Custom Human-Written MPU3182 Assignment Solutions

Get Help By Expert

Many OUM students find it difficult to complete their MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 assignment. Sometimes they don’t have enough time, and sometimes they are not sure how to understand the topic or explain the Federal Constitution and unity concepts clearly in their assignment. If you are facing the same situation, you can choose Malaysia Assignment Help just like many other students. Here, experts provide coursework help that follows OUM assignment requirements. For trust, you can also check other OUM assignments where customised solutions have already been delivered to students. You can hire a assignment helper malaysia and receive a custom human-written MPU3182 assignment solution prepared especially for you.

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 Assignment 2026 | OUM
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Facing Issues with Assignments? Talk to Our Experts Now!Download Our App Now!

Have Questions About Our Services?
Download Our App!

Get the App Today!

QRcode

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing