MPU2192 Falsafah Dan Isu Semasa 1 Assignment Brief 2026 | OUM

School

Open University Malaysia (OUM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

MPU2192 Falsafah Dan Isu

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

03/25/2026

MPU2192 Assignment Brief

Arahan Khusus

  1. Jawab dalam BAHASA MELAYU
  2. Jumlah patah perkataan: 2500 – 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
  3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU
  4. Tugasan ini dihantar secara ONLINE.
  5. Tarikh penghantaran: 5 APRIL 2026.
  6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 60% dari jumlah markah kursus.

Soalan Tugasan

TUJUAN

Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan etika dan falsafah dalam konteks kehidupan seharian yang melibatkan kepelbagaian budaya dan agama.

KEPERLUAN

Tugasan 1

Sebagai individu yang tinggal dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, anda pasti pernah berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan pertimbangan etika. Etika bukan sahaja berlandaskan undang-undang atau peraturan, tetapi juga dipengaruhi oleh nilai agama, budaya, dan falsafah hidup seseorang.

Pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan berikut:

a. Kongsikan SATU pengalaman sebenar anda yang melibatkan dilema etika atau konflik nilai antara individu yang berbeza latar belakang agama atau budaya. Pengalaman ini boleh berlaku di SALAH SATU tempat berikut:

  • Tempat kerja
  • Sekolah / universiti / kolej
  • Taman perumahan / komuniti setempat
  • Aktiviti persatuan / kelab / pertubuhan

Ceritakan:

i. Apakah situasi yang berlaku?

ii. Siapakah pihak yang terlibat (tanpa menyebut nama sebenar)?

iii. Bagaimanakah anda atau pihak terlibat mengendalikan situasi tersebut?

iv. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada pengalaman tersebut?

b. Berdasarkan pengalaman yang anda kongsikan di soalan (a), analisis situasi tersebut dari perspektif konsep etika SEKURANG-KURANGNYA DUA agama berbeza (pilih daripada: Islam, Buddha, Hindu, Kristian, atau Konfusianisme). Bandingkan bagaimana kedua-dua perspektif agama tersebut melihat isu etika yang sama. Adakah terdapat persamaan atau perbezaan? Jelaskan.

c. Selepas menganalisis situasi tersebut dari perspektif dua agama berbeza di soalan (b), apakah perubahan yang anda rasai dalam diri anda terhadap kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia? Kongsikan dengan jujur sama ada pengalaman ini mengubah cara anda berfikir, berasa atau bertindak terhadap individu yang berbeza agama dan budaya.

d. Berdasarkan pengalaman dan analisis anda di soalan (a), (b), dan (c), tulis SATU ikrar peribadi tentang bagaimana anda akan menyumbang kepada keharmonian antara budaya dan agama dalam kehidupan seharian anda. Ikrar ini perlu mempunyai TIGA elemen iaitu:

i. Tidak melebihi 1 muka surat.

ii. Mengandungi DUA tindakan praktikal yang akan anda lakukan.

iii. Ditulis dengan jujur dan ikhlas.

Tugasan 2

Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan Teknik: Kelebihan (Plus), Kelemahan (Minus) dan Menarik (Interesting). Maklumat adalah seperti di bawah;

Kelebihan (Plus): Apakah kelebihan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?
Kelemahan (Minus): Apakah kelemahan / kekurangan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?
Menarik (Interesting): Apakah yang menarik sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?
Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian “Minus”. Bagaimanakah saya akan membaiki kelemahan yang secara tidak langsung membantu saya sebagai seorang pelajar dan pekerja.

Laporan refleksi anda hendaklah tidak melebihi 3 muka surat. Lihat rubrik yang diberikan untuk keterangan lebih lanjut.

TUGASAN 3: PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam perbincangan dalam talian.

Rujuk soalan-soalan yang dimuat naik dalam e-Lesson Week 8 di myINSPIRE.

** Tugasan 3, tidak termasuk dalam jumlah patah perkataan tugasan.

                                                                                                            [JUMLAH: 60 MARKAH]  

TUGASAN 4: AKTIVITI ONLINE (10 markah)

Peringatan Penting:

Terdapat AKTIVITI DALAM TALIAN yang perlu dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti kursus ini bagi semester Januari 2026 yang mengandungi 10 markah. Aktiviti dalam talian ini boleh didapati pada e-Pelajaran Minggu 5 hingga e-Pelajaran Minggu 10 dalam myINSPIRE.

Sila rujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.

Get Professional Help For MPU2192 Falsafah Dan Isu Semasa Assignment Today

MPU2192 RUBRIK TUGASAN

TUGASAN 1 DAN 2 -50%

NQ CLO  Kriteria  Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskanatauTiada respons Markah Maksimum
4 3 2 1 0
2 3 Pengenalan topik.   0.5 Pendahuluan dengan penjelasan topik, objektif dan rujukan primer dalam tugasan. DAN Pendahuluan tidak mempunyai unsur  AI. Pendahuluan dengan penjelasan topik dan objektif.  DAN Pendahuluan tidak mempunyai unsur  AI. Pendahuluan dengan penjelasan topik atau menepati tajuk.  ATAU Pendahuluan tidak mempunyai unsur  AI. Pendahuluan tanpa penjelasan topik atau tidak menepati tajuk. ATAU Pendahuluan mempunyai seratus peratus unsur AI. Tiada pendahuluan dinyatakan. 2
1(a) 2 Kongsikan SATU pengalaman sebenar yang melibatkan dilema etika atau konflik nilai antara individu berbeza latar belakang agama/budaya dengan menjawab semua elemen (i-iv). 1.5 Perkongsian pengalaman yang ringkas, padat, sangat jujur, terperinci dan menarik. Semua elemen (i-iv) dijawab dengan lengkap dan jelas. Pengalaman sangat relevan dengan dilema etika. DAN Jawapan tiada unsur AI Perkongsian pengalaman yang ringkas, padat, jujur, dan menarik.  Semua elemen (i-iv) dijawab dengan baik. Pengalaman  relevan dengan dilema etika.  DAN Jawapan tiada unsur AI Perkongsian pengalaman yang ringkas, padat, agak jujur, dan kurang menarik. Semua elemen (i-iv) dijawab namun kurang terperinci. Pengalaman kurang relevan dengan dilema etika.  ATAU Jawapan dibina/ mempunyai unsur  AI Perkongsian pengalaman yang ringkas, padat, tidak  jujur, tidak menarik. Semua elemen (i-iv) dijawab dengan ringkas. Pengalaman tidak relevan dengan dilema etika. ATAU Jawapan dibina/ mempunyai seratus peratus unsur  AI Tiada perkongsian pengalaman. 6
1(b) 2 Analisis situasi dari perspektif konsep etika SEKURANG-KURANGNYA DUA agama berbeza.  Membuat persamaan dan perbezaan kedua-dua perspektif agama dengan melihat isu etika yang sama. 2 Analisis sangat komprehensif dan mendalam bagi kedua-dua perspektif agama. Persamaan dan perbezaan sangat jelas dengan contoh yang tepat. Menunjukkan kefahaman mendalam tentang konsep etika kedua-dua agama. DAN Jawapan tiada unsur AI Analisis yang baik bagi kedua-dua perspektif agama. Persamaan dan perbezaan dilakukan dengan jelas dan sesuai. Menunjukkan kefahaman yang baik tentang konsep etika   DAN Jawapan tiada unsur AI Analisis ringkas bagi kedua-dua perspektif agama. Persamaan dan perbezaan dilakukan secara asas sahaja. Kefahaman sederhana tentang konsep etika.    ATAU Jawapan dibina/ mempunyai unsur AI. Analisis sangat umum. Persamaan dan perbezaan tidak jelas atau tiada perbandingan. Kefahaman lemah tentang konsep etika.     ATAU Jawapan dibina/ mempunyai seratus peratus unsur  AI Tiada analisis dilakukan. 8
1(c) 2 Kongsikan perubahan yang dirasai dalam diri terhadap kepelbagaian agama dan budaya (berdasarkan soalan b).  Jelaskan sama ada pengalaman tersebut mengubah cara berfikir, berasa atau bertindak terhadap individu yang berbeza agama dan budaya. 2 Perkongsian sangat jujur, mendalam dan reflektif tentang perubahan diri. Menjelaskan dengan sangat jelas perubahan dari segi berfikir, berasa dan bertindak. Jawapan sangat menyentuh perasaan pembaca.  DAN Jawapan tiada unsur AI Perkongsian agak jujur dan reflektif tentang perubahan diri. Menjelaskan dengan baik perubahan dari segi berfikir, berasa dan bertindak. Jawapan agak menyentuh perasaan pembaca.  DAN Jawapan tiada unsur AI Perkongsian ringkas tentang perubahan diri. Menjelaskan dengan ringkas perubahan dari segi berfikir, berasa dan bertindak. Jawapan kurang menyentuh perasaan pembaca.  ATAU Jawapan dibina/ mempunyai unsur  AI Perkongsian yang umum tentang perubahan diri. Menjelaskan secara umum perubahan dari segi berfikir, berasa dan bertindak. Jawapan tidak menyentuh perasaan pembaca. ATAU Jawapan dibina/ mempunyai seratus peratus unsur  AI Tiada memberikan perbezaan. 8
1(d) 2 Tulis SATU ikrar peribadi tentang bagaimana anda akan menyumbang kepada keharmonian antara budaya dan agama dalam kehidupan seharian anda. Ikrar ini perlu mempunyai TIGA elemen:i. Tidak melebihi 1 muka surat.ii. Mengandungi DUA tindakan praktikal yang akan anda lakukan.iii. Ditulis dengan jujur dan ikhlas. 2 Ikrar yang sangat bermakna dan menyentuh hati yang mengandungi TIGA elemen. Ditulis dengan sangat jujur dan ikhlas.  DAN Jawapan tiada unsur AI Ikrar yang bermakna dan agak menyentuh hati yang mengandungi TIGA elemen. Ditulis dengan  jujur dan ikhlas.  DAN Jawapan tiada unsur AI Ikrar yang ringkas dan kurang menyentuh hati yang mengandungi TIGA elemen. Ditulis secara sederhana.  ATAU Jawapan dibina/ mempunyai unsur  AI Ikrar yang umum dan mengandungi TIGA elemen. Ditulis dengan umum. ATAU Ikrar dibina/ mempunyai seratus peratus unsur AI Tiada menulis ikrar. 8
2 3 Format laporan yang bersesuaian (Muka depan, isi kandungan, muka surat, format rujukan APA, dll). 0.5 Format laporan yang amat baik dengan rujukan, mengguna pakai gaya APA dan tersusun kemas. Format laporan yang agak baik dengan rujukan dan mengguna pakai gaya APA tetapi kurang tersusun. Format laporan yang baik dengan rujukan tetapi tidak mengguna pakai gaya APA. Format laporan yang sederhana tanpa rujukan. Format laporan yang lemah dan tiada rujukan. 2
    Rubrik Laporan (Jurnal Reflektif)
2 3 Melaporkan pengalaman penemuan anda. Laporan tersebut perlu mempunyai kriteria berikut:i.      Kelebihan (Plus).ii.     Kelemahan (Minus).iii.   Menarik (Interesting).iv.   Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian “Minus”. 4 Laporan yang jujur, menyeluruh, terperinci serta jelas yang merangkumi SEMUA kriteria yang ditetapkan. Penulisan yang sangat menarik,  mudah difahami dan memberi kesan kepada pembaca. DAN Jawapan tiada unsur AI  Laporan yang baik, jujur serta mudah difahami yang merangkumi SEMUA kriteria yang ditetapkan.   Penulisan yang agak menarik, baik dan agak memberi kesan kepada pembaca. DAN Jawapan tiada unsur AI Laporan yang sederhana, boleh difahami  yang merangkumi SEMUA kriteria yang ditetapkan. Penulisan yang sederhana,  kurang memberi kesan kepada pembaca. ATAU Jawapan dibina/ mempunyai unsur  AI Laporan yang ringkas dan  merangkumi SEMUA  kriteria yang ditetapkan.   Penulisan yang ringkas, umum dan tidak memberi kesan kepada pembaca. ATAU dibina/ mempunyai seratus peratus unsur  AI Tiada penulisan laporan pengalaman. 16
    Jumlah 12.5   50

TUGASAN 3

Laksanakan perkara berikut:

  1. Pilih LIMA (5) postings anda sendiri yang terbaik dari perbincangan dalam talian yang telah di sediakan oleh tutor   anda.
  2. Laksanakan screen shot posting dan isikan dalam tugasan anda sebagai file imej.
  3. Imej screen shot mesti dalam format imej (sama ada JPG atau PNG). Rujuk pada contoh screen shot di bawah.
  4. Screen shot mesti mengandungi: Nama, Tajuk Perbincangan, Hari, Tarikh dan Masa.

Markah bagi perbincangan dalam talian diberi berdasarkan rubrik:

TUGASAN 3- 10%

QN CLO  Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah maksimum
4 3 2 1 0
Soalan forum e-Lesson Week 8 3   Kualiti Postings Maksimum perenggan memberi komen ialah 4 perenggan. Satu perenggan tidak melebihi 6 baris. Select Learning DomainExample:Afektif Domain 2 Kelima-lima komen baik, kritis, sesuai, relevan, bermakna dan berhemah.   Komen merupakan idea asli pelajar, bukan copy dan paste daripada sumber internet. Empat komen didapati baik, sesuai, relevan, bermakna dan berhemah.Komen merupakan idea asli pelajar, bukan copy dan paste daripada sumber internet. Dua atau tiga komen didapati baik, sesuai, relevan, bermakna dan berhemah  Komen merupakan idea asli pelajar, bukan copy dan paste daripada sumber internet. Satu penghantaranATAU   Tiada komen yang baik dan relevan. ATAU Komen hanya respon yang ringkas dan tidak meluas dan tidak bermakna. Usaha minimum (Cth: “Saya bersetuju dengan Tina”) Postings melepasi tempoh tugasan.ATAU Tiada Postings diberi sebagai bukti penyertaan dalam perbincangan         8
0.5 Postings mencerminkan penyertaan aktif sepanjang tempoh tugasan Postings mencerminkan penyertaan sepanjang tempoh tugasan. Postings menunjukkan penyertaan dalam jangka masa yang singkat. Semua penghantaran dibuat dalam satu hari. Tiada posting diberikan  2
Jumlah Markah 2.5 10

*QN = Question Number

Get 30% Discount on This Assignment Answer Today!

Get Help By Expert

If you're working on your MPU2192 Falsafah Dan Isu Semasa assignment, you might find it challenging to write a real ethical dilemma, analyze it from multiple religious perspectives, and present a deep personal reflection in Bahasa Melayu. This is a common struggle among OUM students. That’s why we provide expert MPU2192 assignment help aligned with university rubrics. You can explore our OUM assignment writing service for 100% human-written and plagiarism-free content. For guidance, check our assignment samples Malaysia students. Get trusted academic support from assignment writer.

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
MPU2192 Falsafah Dan Isu Semasa 1 Assignment Brief 2026 | OUM
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Facing Issues with Assignments? Talk to Our Experts Now!Download Our App Now!

Have Questions About Our Services?
Download Our App!

Get the App Today!

QRcode

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing