GGGD5022 Sekolah Dan Masyarakat Proposal Projek Mini 2026 | UKM

School

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

GGGD5022 Sekolah Dan Masyarakat

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

04/13/2026

GGGD5022 Proposal Projek Mini

Tajuk – Pengaruh Penggunaan Kecerdasan Buatan Terhadap Pemikiran Kritikal Dalam Kalangan Pelajar

Kumpulan 2

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK NO TELEFON
1 AHMAD AZIZI BIN ADNAN P167844 011-35681083
2 IZAAT AMINUDDIN BIN MOHAMAD P170422 019-6713559
3 MOHAMAD FAUZI BIN SENIN P168991 013-7123124
4 NORSYAHMIRUL AMIN BIN RUZLAN P169023 011-63781950
5 NUR FAHIMAH BINTI MOHAMMAD PADZZIL P168144 011-25673716
6 SITI NASEHAH BT DAUD P168662 017-7165662
7 SUBASHINI NADARAJAN P171787 016-6342872

1.0 Pengenalan

Kecerdasan buatan (AI) semakin diterima oleh masyarakat dunia kerana penggunaanya yang semakin meluas dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan. Teknologi AI merangkumi aplikasi seperti chatbot pendidikan, analisis data prestasi pelajar, pembelajaran adaptif serta alat sokongan pembelajaran interaktif. Platform AI yang lebih menarik berbanding kaedah pembelajaran tradisional semestinya akan menarik ramai pelajar untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dalam bidang pendidikan, kehadiran AI akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, dimana secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap cara pelajar berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah. Antara peranan yang dilaksanakan oleh AI dalam kehidupan pelajar adalah sebagai alat sokongan pembelajaran, pendorong pemikiran kritikal, pemudah akes maklumat dan memberi pengaruh terhadap sikap belajar.

2.0 Pernyataan Masalah

Dalam era pendidikan digital yang semakin maju ini, penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh pelajar-pelajar adalah semakin meluas serta telah menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran harian iaitu dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, (AI) bukan sahaja dapat melakukan peningkatan terhadap aspek pemikiran kritikal. malahan turut membantu golongan tersebut dalam menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran masing-masing yang digunakan dalam bidang pendidikan. Di mana (AI) mempunyai keupayaan dalam melakukan pengenalpastian terhadap kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar dengan lebih baik sama ada melalui perbincangan, visual ataupun pengulangan Tom (2025). Hal ini juga secara tidak langsung akan menyebabkan kandungan pembelajaran dapat diselaraskan supaya sesuai dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan.

Walau bagaimanapun, penggunaan (AI) yang sangat meluas dalam kalangan golongan tersebut, turut membawa pelbagai impak serta permasalahan yang lain dalam bidang pendidikan. Antaranya adalah seperti dapat menjejaskan keaslian idea serta pemikiran kritis pelajar-pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar lebih gemar dalam melakukan penggunaan (AI) salah satunya ialah ChatGPT berbanding menggunakan keaslian idea serta pemikiran kritis mereka dalam bidang pendidikan seperti dalam pembelajaran, penulisan, penjanaan idea, pencarian maklumat, penyelesaian dan juga sebagainya. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi di dalam kajian Nurul & Hafiz (2023). Kajian ini mengatakan bahawa pelajar-pelajar lebih cenderung menggunakan ChatGPT sebagai alat bantu belajar bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang telah diberikan sama ada tugasan tersebut adalah secara berkumpulan ataupun individu. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan impak serta permasalahan wujud dalam bidang pendidikan iaitu dapat menjejaskan kedua-dua aspek tersebut.

Selain itu, menyebabkan pengurangan interaksi manusia dengan sosial turut merupakan impak serta permasalahan yang wujud dalam bidang pendidikan akibat penggunaan (AI) yang sangat meluas dalam kalangan pelajar-pelajar. Hal ini berlaku kerana, mereka lebih mengutamakan ChatGPT sebagai medium serta sumber utama bagi melakukan pertukaran dan penjelasan maklumat, pertanyaan dan juga sebagainya berbanding dengan merujuk guru dalam pembelajaran iaitu dalam bidang pendidikan. Hal ini turut dapat diperkukuhkan lagi di dalam kajian Utusan Malaysia (2026). Di mana kajian ini mengatakan bahawa daripada jumlah 26,541 pelajar, sebanyak 94.7% menggunakan ChatGPT untuk tujuan akademik iaitu di dalam bidang tersebut. Hal yang berlaku ini juga akan membawa kepada impak serta permasalahan dalam bidang pendidikan.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melakukan penelitian yang lebih mendalam serta menyeluruh terhadap impak penggunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar.

3.0 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian berkenaan dengan pengaruh penggunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Mengenal pasti tahap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar di Johor.
  2. Menganalisis pengaruh penggunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap pemikiran kritikal pelajar.
  3. Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan pemikiran kritikal melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI).

4.0 Skop Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekerapan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan meneliti bagaimana penggunaan teknologi AI memberi kesan terhadap tahap pemikiran kritikal pelajar dengan menganalisa cara pelajar menggunakan aplikasi berasaskan AI seperti Chatgpt, Chatbot dan Copilot. Populasi yang dipilih adalah di semua 10 daerah di negeri Johor iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Tangkak. Semua pelajar jantina lelaki dan perempuan yang berumur diantara 15 tahun sehingga 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk mengisi borang kaji selidik. Kesemua responden adalah pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional dan Sekolah Swasta. Anggaran responden untuk menyertai kajian ini adalah sekitar 150 orang setelah dikira berdasarkan saiz populasi pelajar di negeri Johor.

5.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen utama pengumpulan data. Borang soal selidik telah dibangunkan menggunakan platform Google Form dan diedarkan secara dalam talian kepada responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di negeri Johor. Seramai antara 100 hingga 150 orang responden dipilih secara persampelan rawak mudah bagi mewakili populasi kajian. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian utama iaitu Bahagian A (demografi responden), Bahagian B (tahap penggunaan kecerdasan buatan), Bahagian C (pengaruh terhadap pemikiran kritikal) dan Bahagian D (cadangan penambahbaikan).

Instrumen kajian menggunakan skala Likert lima mata bagi mengukur tahap persetujuan responden terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian seperti Microsoft Excel bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan kecerdasan buatan serta menilai pengaruhnya terhadap pemikiran kritikal pelajar. Hasil dapatan kajian ini seterusnya akan digunakan untuk merumuskan cadangan yang sesuai dalam meningkatkan pemikiran kritikal melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan.

Bahagian A: Demografi

Arahan: Sila tandakan (/) pada jawapan yang sesuai.

  1. Jantina

☐ Lelaki

☐ Perempuan

  1. Umur

☐ 15 tahun

☐ 16 tahun

☐ 17 tahun

☐ 18 tahun dan ke atas

  1. Jenis Sekolah

☐ Sekolah Menengah Kebangsaan Harian (SMK/SMKA)

☐ Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

☐ Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

☐ Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional (SMT / KV)

☐ Sekolah Swasta

  1. Daerah

☐ Batu Pahat

☐ Johor Bahru

☐ Kluang

☐ Kota Tinggi

☐ Kulai

☐ Mersing

☐ Muar

☐ Pontian

☐ Segamat

☐ Tangkak

  1. Kekerapan Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI)

☐ Tidak Pernah

☐ Jarang

☐ Kadang-kadang

☐ Kerap

☐ Sangat Kerap

Bahagian B: Mengenal Pasti Tahap Penggunaan Kecerdasan Buatan (Ai) Dalam Kalangan Pelajar Di Johor

Arahan: Sila tandakan (/) pada semua pernyataan yang berikut.

Skala Likert

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Saya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran saya.
2 Saya menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara kerap untuk membantu menyiapkan tugasan sekolah.
3 Saya bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) untuk memahami topik yang sukar dalam pelajaran.
4 Saya menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai salah satu sumber utama rujukan dalam pembelajaran.
5 Saya menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mendapatkan idea atau penyelesaian bagi tugasan yang diberikan.

Bahagian C: Menganalisis Pengaruh Penggunaan Kecerdasan Buatan (Ai) Terhadap Pemikiran Kritikal Pelajar

Arahan: Sila tandakan (/) pada semua pernyataan yang berikut.

Skala Likert

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Penggunaan kecerdasan buatan (AI) membantu saya menganalisis maklumat dengan lebih mendalam dalam pembelajaran.
2 Saya menilai kesahihan maklumat yang diperoleh daripada kecerdasan buatan (AI) sebelum menggunakannya.
3 Penggunaan kecerdasan buatan (AI) membantu saya berfikir secara logik dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.
4 Saya menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana idea yang merangsang pemikiran kritikal.
5 Penggunaan kecerdasan buatan (AI) membantu saya membuat keputusan yang lebih tepat dalam tugasan akademik.

Bahagian D: Mencadangkan Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Pemikiran Kritikal Melalui Penggunaan Kecerdasan Buatan (Ai)

Arahan: Sila tandakan (/) pada semua pernyataan yang berikut.

Skala Likert

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Pelajar perlu menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membandingkan pelbagai sumber maklumat sebelum membuat kesimpulan.
2 Penggunaan kecerdasan buatan (AI) seharusnya membantu pelajar meneroka pelbagai perspektif terhadap sesuatu isu.
3 Pelajar digalakkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana soalan yang merangsang pemikiran kritikal.
4 Pelajar perlu menilai kesahihan maklumat yang diperoleh daripada kecerdasan buatan (AI) sebelum menggunakannya.
5 Kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan sebagai panduan untuk membantu pelajar berfikir secara sistematik dalam menyelesaikan masalah.

Struggling with GGGD5022 research proposal? Get expert assignment help today

Get Help By Expert

Working on your GGGD5022 proposal projek mini and finding it difficult to structure your research or analyse the impact of AI on critical thinking? Many students struggle with writing problem statements, designing questionnaires, and explaining methodology clearly. If you’re facing similar issues, you can choose Malaysia Assignment Help, where our experts provide reliable UKM assignment help and trusted assignment helper based on your research needs. You can also check our education assignment examples to see how we present quality academic work.

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
GGGD5022 Sekolah Dan Masyarakat Proposal Projek Mini 2026 | UKM
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Facing Issues with Assignments? Talk to Our Experts Now!Download Our App Now!

Have Questions About Our Services?
Download Our App!

Get the App Today!

QRcode

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing