GIG1012 Falsafah dan Isu Semasa Assignment Brief 2026 | Universiti Malaya

School

Universiti Malaya (UM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

GIG1012 Falsafah dan Isu Semasa

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

07/30/2026

GIG1012 Assignment Brief

Tugasan 1 : Penulisan Esei (Berkumpulan)

1) Sila hasilkan penulisan berasaskan material yang telah disediakan di bawah.

2) Hanya SATU tugasan secara berkumpulan yang perlu dihantar kepada pensyarah.

3) Penghantaran penulisan esei secara atas talian (hantar ke Google Classroom).

4) Tugasan ini MESTI merupakan hasil kerjasama antara ahli kumpulan.

5) Tugasan ini disiapkan menggunakan kaedah analisis dan huraian kritikal.

6) Tugasan perlu menggunakan sekurang-kurangnya LIMA bahan rujukan ilmiah.

7) Pelajar perlu menulis RUJUKAN menggunakan format APA Edisi Ke-7.

8) Aspek teknikal penulisan adalah seperti berikut:

a) Jenis tulisan : Times New Roman
b) Saiz tulisan : 12
c) Susun atur tulisan : Justify (Ctrl+J)
d) Jarak antara baris : 1.5
e) Jumlah halaman : 10 – 15 (pengenalan hingga kesimpulan)
f) Panjang esei : 2000-3000 perkataan

9) Soalan penulisan adalah seperti berikut:

Tonton video ini: https://youtu.be/oIDeGj83us8?si=cIMZznJxPjA24e51 dan https://youtu.be/rwjeh52mQFA?si=dtc8-ntm-huBpcjy

Berdasarkan video tersebut, hasilkan penulisan esei mengikut pecahan berikut:

a) Kenal pasti dan bincangkan DUA nilai falsafah yang terkandung dalam kedua-dua lagu tersebut. Kaitkan nilai-nilai tersebut dengan Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti dalam Topik 1 Modul FIS. Kemudian, kongsikan SATU situasi sebenar yang pernah anda alami sendiri dalam komuniti masyarakat yang mencerminkan nilai falsafah tersebut.

b) Berdasarkan mesej kedua-dua lagu tersebut, bincangkan bagaimana Falsafah Sejahtera (Bab 1 FIS) boleh direalisasikan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama? Kemudian, berdasarkan pengalaman anda sendiri sebagai pelajar atau ahli masyarakat, berikan DUA contoh situasi sebenar yang menggambarkan usaha merealisasikan Falsafah Sejahtera dalam kehidupan seharian anda.

Anda perlu mengaitkan kedua-dua contoh dengan Falsafah Sejahtera.

c) Selepas memahami lirik kedua-dua lagu dan menganalisis situasi dalam soalan (a) dan (b), kongsikan perubahan yang anda rasai dalam diri anda terhadap kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia. Jelaskan sama ada pengalaman ini mengubah perasaan, cara anda berfikir atau bertindak terhadap individu yang berbeza agama dan budaya. Kongsikan dengan jujur.

d) Tulis SATU surat tidak rasmi (tidak melebihi 2 muka surat) kepada rakan anda di luar negara (sebenar atau hipotetikal) menceritakan keunikan Malaysia dari sudut Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Sejahtera. Dalam surat tersebut, sertakan:

  • Keunikan Malaysia yang anda banggakan sebagai rakyat
  • SATU pengalaman peribadi yang mencerminkan nilai falsafah tersebut dalam kehidupan seharian anda (sama ada sebagai pelajar, ahli masyarakat atau semasa melawat negara lain jika ada)
  • Bagaimana nilai-nilai tersebut membezakan Malaysia daripada negara lain

Tugasan 2 : Pembinaan Poster (Berkumpulan)

1) Sila hasilkan POSTER SATU HALAMAN tentang isu semasa yang relevan.

2) Poster mesti disiapkan menggunakan perisian

3) Hanya SATU poster secara berkumpulan yang perlu dihantar kepada pensyarah.

4) Tugasan ini MESTI merupakan hasil kerjasama antara ahli kumpulan.

5) Tugasan ini disiapkan menggunakan kaedah analisis dan kreativiti kritikal.

6) Penghantaran poster adalah secara atas talian (hantar ke Google Classroom).

7) Komponen poster perlu merangkumi aspek berikut:

Pengenalan Perincikan isu semasa yang anda pilih:
Contoh isu semasa: ‘Pelajar yang tidak belajar’
Apa yang dimaksudkan dengan pelajar yang tidak belajar?
Apa simptom pelajar yang tidak belajar ini?
Apa contohnya – ada statistik, kes-kes viral dll yang boleh menyokong kewujudan isu semasa ini?
Adakah ia memang satu masalah besar di Malaysia ataupun masyarakat yang berlebih-lebih tentang hal ini?
Kaitan masalah / isu semasa dengan bab dalam kursus FIS Pilih SATU bab yang anda pelajari dalam kursus FIS sebagai panduan (guideline) membincangkan masalah dan isu semasa.
Contoh:

Masalah / isu semasa Panduan bab
Pelajar yang tidak belajar Bab 1: Pengenalan Falsafah

Tujuannya adalah untuk memasukkan unsur falsafah yang kita pelajari dalam memahami masalah yang sedang berlaku.
Contoh:
Bahaskan bagaimana masalah ‘pelajar tidak belajar’ ini adalah suatu tanda manusia yang:
a. Tidak ‘mencintai kebijaksanaan’ meskipun dirinya sendiri adalah seorang pelajar.
b. Tidak berfikir dengan mendasar dan mendalam dalam hidup hingga dia keliru peranannya sebagai pelajar.
c. Tidak berketerampilan sebagai insan yang seimbang dan sejahtera kerana komponen ilmu tidak diutamakan.

Perbandingan falsafah tentang masalah yang berlaku Buat perbandingan yang menunjukkan ada PERTENTANGAN PENDAPAT antara DUA pihak dalam lapangan falsafah.
Contoh:
a. Perbandingan ahli falsafah (Immanuel Kant vs. al-Ghazali)
b. Perbandingan idealogi falsafah (Egologikal vs. Ekologikal)
c. Perbandingan kelompok falsafah (Barat vs. Timur)

Masalah / isu semasa : ‘Pelajar yang tidak belajar’
Subjek Idea / hujah
Ahli Falsafah X Manusia berhak jadi diri sendiri Kalau seseorang itu mendaftar sebagai pelajar tetapi tidak belajar, itu adalah hak multaknya. Dia berhak buat apa sahaja mestipun benda itu boleh / akan memudaratkan dirinya.
Ahli Falsafah Y Manusia harus memilih jalan betul Kalau seseorang itu mendaftar sebagai pelajar, maka ia harus dengan sepenuh hati belajar walaupun mungkin terasa malas atau penat. Ini kerana manusia manusia harus bersikap positif.

Tujuannya untuk mendalami lagi perbahasan falsafah tentang masalah dan isu semasa yang kita bincangkan.

Signifikasi isu semasa Bahaskan kepentingan untuk kita semua memberi perhatian pada masalah / isu semasa yang dipilih.
Contoh:
a. Apa risiko jika masalah / isu semasa ini berlarutan? (kesan)
Perbincangan ini mesti menggariskan secara amat kritis DUA isu yang paling signifikan sahaja. Perbincangan yang simplistic, meleret dan sambil lewa akan dipotong markah.
Penutup

Tugasan 3 : Pembentangan Poster (Berkumpulan)

1) Bentangkan poster yang telah kumpulan anda hasilkan secara bersemuka.

2) Masa pembentangan adalah antara 10-15 minit.

3) Sesi soal jawab akan berjalan dalam tempoh 10 minit.

4) Peralatan untuk pembentangan disediakan sendiri oleh para pelajar.

5) Pecahkan kumpulan kepada TIGA kelompok tugasan:

a) Teknikal – 2 orang

–   Bertangungjawab menyediakan peralatan pembentangan dan menguruskan tayangan poster (zoom in, zoom out, scroll).

b) Pembentang – 2-3 orang

–  Bertanggungjawab membentangkan poster dengan mendalam, sistematik dan berkeyakinan. Pastikan pembentang mahir dalam komunikasi pendidikan.

c)    Penjawab soalan – selain teknikal dan pembentang

–  Bertanggungjawab menjawab soalan dari pensyarah secara kritikal, matang, mendalam dan meyakinkan.

Tugasan 4 : Ulasan Artikel (Individu) 

1) SETIAP PELAJAR perlu mencari sendiri SATU artikel jurnal secara atas talian.

2) Artikel jurnal Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

3) Artikel jurnal mesti berkaitan intipati Bab 6 Epistemologi

4) Berdasarkan artikel jurnal yang dipilih, buat SATU ulasan / analisis pembacaan.

5) Panjang ulasan adalah antara 1-3 halaman sahaja.

6) Pelajar perlu lampirkan artikel jurnal yang lengkap bersama teks ulasan.

7) Lampirkan rubrik ulasan artikel bersama-sama.

8) Hantar ulasan dan artikel penuh kepada pensyarah secara

9) Aspek teknikal penulisan adalah seperti berikut:

  • Jenis tulisan : Times New Roman
  • Saiz tulisan : 12
  • Susun atur tulisan : Justify (Ctrl+J)
  • Jarak antara baris : 1.5

10) Pecahan ulasan adalah seperti berikut:

Pengenalan

– Latar belakang artikel – penulis, tajuk dan jurnal yang menerbitkan artikel tersebut.

Agenda perbincangan

  • Apa yang nak dibincangkan dalam artikel jurnal itu?
  • Fokuskan pada bahagian abstrak dan pengenalan.

Teori perbincangan

  • Apakah teori yang digunakan dalam artikel jurnal itu?
  • Fokuskan pada bahagian kerangka teori / konseptual dan metodologi.

Penegasan perbincangan

  • Apakah penemuan penting atau intipati utama dalam artikel jurnal tersebut?
  • Fokuskan pada bahagian perbincangan dan kesimpulan.

Penutup

– Adakah artikel jurnal itu boleh dikatakan artikel yang baik? Kenapa?

*Tips carian artikel jurnal di Google.

Artikel Bahasa Melayu

  • Artikel berbahasa Melayu biasanya boleh di download secara percuma.
  • Anda boleh membuat carian di Google menggunakan kata kunci berikut: jurnal (jarak) kata kunci carian (jarak) pdf = jurnal epistemologi pdf.
  • Setelah itu klik pilihan pautan yang berkaitan dan download.

Artikel Bahasa Inggeris

  • Artikel berbahasa Inggeris biasanya adalah artikel berbayar.
  • Anda boleh masuk ke laman web JSTOR Home dan masukkan kata kunci. Contoh: search di Jstor kata kunci berikut: Epistemology.
  • Setelah itu, sila copy pautan URL Jstor tadi dan paste di laman web berikut: SciHub:Get the latest free papers Library. Seterusnya anda boleh download artikel berkaitan.

peperiksaan akhir

  • Peperiksaan akhir melibatkan 30 SOALAN OBJEKTIF (MCQ).
  • Masa menjawab adalah 1 JAM.

Soalan digubal dari semua bab yang dipelajari

Get Help By Expert

Feeling stuck with your gig1012 falsafah dan isu semasa assignment? It's common for students to struggle with connecting personal experiences to philosophical concepts while producing a well-structured critical analysis. Malaysia Assignment Help offers expert philosophy assignment help tailored to your course requirements. Review our universiti malaya assignment examples before choosing our assignment writing service for an expert-written solution.

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
GIG1012 Falsafah dan Isu Semasa Assignment Brief 2026 | Universiti Malaya
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Facing Issues with Assignments? Talk to Our Experts Now!Download Our App Now!

Have Questions About Our Services?
Download Our App!

Get the App Today!

Download app QR code

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing