Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara: Kenegaraan Dan Pembangunan Mutakhir Report, UTHM, Malaysia

School

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

Kenegaraan Dan Pembangunan Mutakhir

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

30/01/2023

PENDAHULUAN

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Proses pilihanraya akan diuruskan oleh badan bebas bagi memastikan keputusan pilihanraya adil dan saksama. Seterusnya pilihanraya di Malaysia dijalankan 5 tahun sekali, akan tetapi terdapat juga situasi khusus di mana kerajaan semasa sukar mencapai kata sepakat sama ada dalam meluluskan usul mahupun dalam menjalankan dasar sedia ada yang memerlukan pembubaran awal. Walaubagaimanapun, ke dua-dua situasi masih memerlukan perkenan daripada yang-Dipertuan Agong atas saranan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen.

Pilihanraya yang dilakukan adalah berdasarkan pada penandaan kertas undi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Setiap kertas undi mempunyai senarai nama wakil rakyat yang bertanding. Para pengundi akan memangkah pada kertas undi untuk menentukan wakil rakyat yang telah ditentukan. Aktiviti pengiraan undi akan dilakukan sejurus tamatnya tempoh mengundi. Ianya akan mengambil masa yang lama kerana ketelitian terhadap pengiraan amat diperlukan pada masa ini. Lain daripada itu, pilihanraya yang dilakukan pada kedua-dua negara adalah berbeza walaupun pada dasarnya pilihanraya di Malaysia diperkenalkan oleh British.

Kini, Malaysia dan United Kingdom telah menuju ke negara maju dan pilihanraya yang dilakukan haruslah mengikut acuan yang berbeza. Malaysia dan United Kingdom sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi akan mengadakan pilihanraya bagi melantik wakil rakyat yang merupakan sebuah badan legislatif di  parlimen. Pada masa yang sama atas persetujuan antara badan legislatif, nama calon Perdana Menteri akan dipersembah kehadapan Yang-dipertuan Agong.  Saling bersangkutan dari itu, Perdana Menteri akan melantik ahli badan eksekutif dari kalangan badan legislatif. Perkara ini akan menyaksikan nama mereka dipersembahkan kepada Yang-dipertuan Agong sebelum di perkenan menjadi ahli kabinet dalam kerajaan.

PERNYATAAN MASALAH

Antara permasalahan yang dapat kami bongkar daripada kajian ini adalah kepatuhan pengundi dalam merahsiakan undi. Hal ini terbukti apabila, pada pilihanraya ke-15 terdapat segelintir pengundi mendedahkan undi mereka di khalayak umum melalui lisan dan penulisan di media sosial walhal Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan supaya setiap undian adalah rahsia. Peraturan ini ditetapkan semestinya untuk mengelakkan daripada situasi yang menggugat keamanan tercetus.

Get Solved Your Assignment( variable) and Earn A+ Grade!

Selain itu, penyertaan pengundi dalam pilihanraya juga merupakan satu masalah yang sering menjadi perbualan sewaktu musim pilihanraya. Hal ini terjadi kerana, tidak semua pengundi cakna akan proses menjalankan pilihanraya akan tetapi meragui keputusan pilihanraya. Sebagai contoh, jika diteliti setiap kali pilihanraya dianjurkan mesti timbul isu ’pengundi hantu’ iaitu pengundi yang menggunakan kad pengenalan palsu atau isu terputus bekalan elektrik di pusat pengundian dan pengiraan undi. Justeru itu, pihak berwajib perlu lebih giat menguar-uarkan maklumat berkaitan proses pilihanraya kepada semua pengundi supaya mereka lebih yakin kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Akhir sekali daripada bacaan keratan akhbar dan laman sesawang, terdapat juga isu di mana pengundi mempersoal akan keabsahan sistem ‘First Past The Post’ di mana sesebuah kerusi akan dimenangi oleh calon yang memiliki majoriti. Hal ini berlaku kerana, parti politik dilihat seakan mengambil kesempatan daripada sistem ini dengan meletakkan calon bertanding mengikut demografi selain menumpang ketokohan dan kredibiliti calon agar mudah mendapat majoriti.

TUJUAN KAJIAN

Artikel ini menyatakan beberapa objektif utama dan merupakan hasil perbincangan utama bersama ahli kumpulan. Antara tujuan utama yang dibincangkan adalah untuk mengenal pasti pengaruh sistem pilihanraya di United Kingdom dan Malaysia. Perkara ini amat penting dalam mengetahui pengaruh yang digunakan dalam menjayakan pilihanraya. Pendekatan sosiologikal sering digunakan untuk setiap pilihanraya yang dijalankan. Ianya akan meningkatkan mutu pengundian untuk rakyat.

Menurut penyelidik dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat adalah di antara yang awal yang menggunakan pendekatan sosiologikal ini bagi menjelaskan tentang pengundian dalam pilihanraya. Dalam kajian yang dibuat semasa pilihan raya presiden tahun 1940, mereka mendapati pola pengundian mempunyai peningkatan yang drastik Misalnya dari segi agama, golongan Protestan lebih cenderung untuk memilih Parti Republikan berbanding dengan mereka yang menganut fahaman Katolik (Lazarsfield et al. 1968: 21-22).

Get 30% Discount on This Assignment Answer Today!

Selain agama, kelas juga didapati memainkan peranan signifikan dalam pengundian. Kelas bawahan dan kelas menengah lebih cenderung untuk menyokong Parti Demokrat, sementara kelas atasan pula lebih cenderung untuk menyokong Parti Republikan (Lipset 1960: 305). Selain itu, sosioekonomi akan meningkatkan pengaruh dalam pilihanraya. Sebagai contoh pilihanraya di united kingdom telah dipengaruhi oleh Brexit. Ini kerana ianya penentu samada United Kingdom kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah dan Friday The 13th kerana hari ini diambil sempena hari keputusan pengundian yang memberi mimpi ngeri kepada Kesatuan Eropah.

Selain itu, kajian ini akan membincangkan mengenai jenis pilihanraya yang dijalankan di United Kingdom dan Malaysia. Hanya dua jenis pilihan raya dijalankan di Malaysia iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. ‘Pilihan raya umum’ diadakan bagi pemilihan perwakilan ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), setelah ia dibubarkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. ‘Pilihan raya kecil’ diadakan bagi memilih wakil ke Dewan Rakyat dan DUN. Bezanya, ia diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi perwakilan akibat keadaan luar jangka seperti kematian, peletakan jawatan atau sebab-sebab lain yang mengakibatkan adanya kekosongan. United Kingdom pula melaksanakan pilihanraya mengikut kaedah setiap negara taklukan mereka.

Di samping itu, kajian ini juga akan mengupas perkara berkaitan mendalami proses pilihanraya yang diadakan di Malaysia dan United Kingdom. Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkait secara langsung dengan proses pilihan raya.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam melancarkan perjalanan pilihan raya. Selain itu, terdapat juga beberapa proses yang digunakan dalam menjayakan pilihanraya antaranya pendaftaran pemilih, kelayakan calon, tempoh pengundian dan banyak lagi.

Stuck in This Assignment? Deadlines Are Near?

Get Help By Expert

For anyone looking for the perfect solution to get their assignment help done, then there is no better choice than our professional writing service. We provide personalized and detailed assistance to help you understand a topic and prepare for any future assignments that may come about. Our team of writers also provides “do my assignmentservice that can help you in completing your tasks quickly and accurately. Get in touch with us today and let us help you succeed!

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing