MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 2 TUGASAN September Semester 2025 | OUM

School

Open University Malaysia (OUM)

*We aren't endorsed by this school

Assignment Type

Individual Assignment

Subject

MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH

Uploaded by Malaysia Assignment Help

Date

11/24/2025

MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 2 SEPTEMBER 2025 SEMESTER

ARAHAN KHUSUS:

1. Jawab dalam Bahasa Melayu.
2. Jumlah patah perkataan: Sila rujuk arahan setiap soalan.
3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam PELBAGAI fail.
4. Tugasan ini dihantar secara DALAM TALIAN.
5. Tarikh penghantaran : 30 NOVEMBER 2025.
6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 80% dari jumlah markah kursus.

Struggling With MPU3353 Integrity and Anti-Corruption Course 2 Assignment ?

SOALAN TUGASAN

TUJUAN 

Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar menjelaskan menjelaskan punca, simptom, dan kesan rasuah yang meliputi aspek kelemahan integriti, gaya hidup pelaku, dan impak buruk terhadap pembangunan, ekonomi, serta reputasi negara.

KEPERLUAN

Tugasan ini mempunyai empat tugasan. Jawab semua.

Tugasan 1 (50 markah)

1. Senario ringkas:
Seorang kenalan anda di media sosial mula menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi tetapi meminta anda memberikan maklumat perbankan terlebih dahulu.
Soalan:
Bagaimanakah anda boleh mengenal pasti tanda-tanda bahaya dalam situasi ini, dan apakah langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu anda ambil sebagai usaha mengelakkan penipuan kolar putih? (Terhad kepada 3 halaman)
2. Rasuah Jenayah kolar biru lazimnya dikaitkan dengan kemiskinan, manakala jenayah kolar putih sering dikaitkan dengan sifat tamak haloba.
Pada pandangan anda, antara kemiskinan dan ketamakan, faktor manakah lebih membawa kerosakan kepada masyarakat dalam jangka panjang? (Terhad kepada 4 halaman)
3. Tugasan Video Individu: Hebahan khidmat awam (public service announcement-PSA)
Rasuah dalam kalangan tokoh politik atau korporat terkenal boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi. Hasilkan sebuah video PSA 2–4 minit yang mengingatkan penonton tentang pentingnya integriti pemimpin dan mengajak masyarakat memainkan peranan sebagai pengawas (watchdog).
Langkah-langkah Penyediaan Tugasan:
1. Fahami isu utama
o Baca semula topik mengenai jenayah kolar putih – rasuah dalam modul.
o Kenal pasti kesan rasuah terhadap institusi, masyarakat, dan negara (contohnya: hilang kepercayaan rakyat, jurang sosial melebar, kerugian ekonomi).
2. Tetapkan audiens sasaran
o Tentukan siapa yang anda ingin sampaikan mesej: golongan muda, masyarakat umum, atau pekerja sektor awam/swasta.
o Audiens sasaran akan menentukan gaya bahasa, visual, dan mesej utama.
3. Rangka mesej utama (Key Message)
o Nyatakan dengan jelas mesej teras video anda, contohnya:
 “Integriti pemimpin adalah asas kepercayaan rakyat.”
 “Rasuah merosakkan negara, cegah sebelum parah.”
o Pastikan mesej ringkas, padat, dan mudah diingati.
4. Sediakan skrip ringkas (1–2 halaman)
o Tulis naratif video (apa yang akan diperkatakan atau dipaparkan).
o Bahagikan kepada tiga bahagian:
 Pembukaan: tarik perhatian dengan statistik, slogan, atau contoh kes.
 Isi utama: jelaskan kesan rasuah dan kepentingan integriti.
 Penutup: seruan tindakan (call to action) kepada masyarakat sebagai watchdog.
5. Pilih bentuk penyampaian
o Tentukan bentuk PSA: video bercakap depan kamera, animasi, ilustrasi bergambar, atau gabungan visual + suara latar.
o Gunakan slogan pendek dan berimpak.
6. Reka visual dan audio
o Masukkan teks, grafik, atau contoh visual yang menyokong mesej.
o Pilih muzik latar atau bunyi kesan (jika sesuai) untuk menimbulkan emosi.
7. Rakaman dan penyuntingan
o Gunakan kamera/telefon pintar dengan pencahayaan jelas dan audio yang baik.
o Edit video (contoh: CapCut, Canva, iMovie) supaya durasi 2–4 minit, tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas.
8. Semak kualiti dan mesej
o Tonton semula video untuk pastikan mesej jelas, tidak melebihi masa, dan sesuai untuk audiens.
o Pastikan mesej “integriti” dan “watchdog” terserlah.
9. Serahan Tugasan
o Simpan video dalam format MP4 atau pautan YouTube/Google Drive (pastikan boleh diakses).
o Sertakan skrip ringkas sebagai lampiran bersama serahan.
Tips Praktikal untuk Pelajar:
o Gunakan telefon pintar dengan kamera jelas (HD jika boleh).
o Rakaman dilakukan di tempat tenang dan cukup cahaya (depan tingkap siang hari pun cukup).
o Pakai pakaian yang sesuai dengan watak (formal, kasual, bersahaja).
o Latih beberapa kali untuk nampak lancar dan yakin.
Kriteria Penilaian:
o Kandungan dan ketepatan fakta (6 markah)
o Mesej utama dan seruan tindakan (6 markah)
o Kreativiti dan penyampaian visual (4 markah)
o Organisasi dan aliran video (4 markah)
(50 Markah)

PERINGATAN UNTUK

Tugasan 1, Soalan 3:

a. Anda disarankan untuk membaca soalan ini dengan jelas sebelum melaksanakannya.
b. Anda tidak perlu menyertakan pautan rakaman video anda dalam tugasan ini.
c. Anda perlu memuat naik video secara terus sebagai lampiran dalam format MP4/MOV/Google Drive/YouTube (tetapan unlisted).
d. Saiz video tidak boleh melebihi 400MB.

Tugasan 2 (20 markah) – Penulisan Refleksi

Anda dikehendaki membuat penulisan refleksi kendiri berdasarkan soalan-soalan yang berikut:
i. Mengapakah anda berpendapat masyarakat sering lambat sedar bahawa mereka menjadi mangsa jenayah kolar putih?
ii. Bagaimanakah pendedahan tentang skim cepat kaya mempengaruhi cara anda menilai tawaran pelaburan?
iii. Apabila membaca kes seperti 1MDB atau skandal perakaunan Enron, apakah pengajaran yang paling bermakna untuk anda sebagai seorang pelajar dan bakal pemimpin masa hadapan?
iv. Sejauh manakah pengalaman belajar topik 7 meningkatkan kepekaan anda terhadap isu ketelusan dalam organisasi?
(Terhad kepada 6 halaman sahaja)
(20 Markah)

Tugasan 3 (10 markah) – PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN 

Bincangkan topik berikut dalam forum dan serahkan bukti penyertaan anda dalam perbincangan dalam talian:
Setujukah anda bahawa rasuah merupakan bentuk jenayah kolar putih yang paling berbahaya kerana ia membuka ruang kepada jenayah lain?
Adakah anda setuju? Mengapa?
Kongsikan pandangan anda dan bertukar-tukar pandangan anda dengan rakan-rakan sekursus anda dalam forum myINSPIRE.
ARAHAN CARA MENGHANTAR BUKTI PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN
Lakukan perkara-perkara berikut:
1. Pilih LIMA (5) hantaran anda yang terbaik daripada perbincangan forum yang disediakan oleh tutor anda.
2. Lakukan tangkap layar hantaran dan masukkannya sebagai imej dalam tugasan anda.
3. Tangkap layar hendaklah dalam fail imej (sama ada dalam format JPG atau PNG). Rujuk sampel Screen Grab di bawah
4. Tangkap layar hendaklah mengandungi: Nama, Tajuk perbincangan, Hari, Tarikh dan Masa.
MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 2 TUGASAN September Semester 2025 | OUM
5. Pastikan kesemua tangkap layar hantaran anda jelas dan mudah dibaca untuk dinilai oleh penilai.
[JUMLAH KESELURUHAN TUGASAN INI: 80 MARKAH]

Tugasan 4 -(20 markah) – AKTIVITI DALAM TALIAN (ONLINE) 

Peringatan Penting: Aktiviti Dalam Talian – H5P (20 Markah)
i. Pelajar yang mengambil kursus MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 2 wajib melaksanakan aktiviti atas talian sebanyak 20 markah.
ii. Aktiviti dalam talian bagi kursus ini terdapat dalam myINSPIRE pada e-lesson Minggu 5 dan e-lesson Minggu 10.
iii. Pastikan anda melengkapkan semua aktiviti atas talian bagi kursus ini untuk mendapatkan 20 markah.
iv. Sila rujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.

Need Help Completing Your MPU3353 Assignment on Time?

Get Help By Expert

Many students struggle to complete their MPU3353 Kursus Integriti dan Anti Rasuah 2 September Semester 2025 Assignment due to its detailed requirements, multi-task structure, and strict academic expectations. Don’t worry — Malaysia Assignment Help provides expert guidance for OUM assignments, including reflection writing, PSA script preparation, forum participation notes, and online activity support. You can even check our MPU3353 assignment sample first to see the quality before hiring. Get your custom, plagiarism-free, AI-free assignment written according to OUM standards and secure high grades today.

Answer

UP TO 15 % DISCOUNT

Instant Paper Writing Services by Native Malaysia Writers

Plagiarism Free Solutions
100% Original Work
24*7 Online Assistance
Native PhD Experts
Hire a Writer Now
Convincing Features
MPU3353 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 2 TUGASAN September Semester 2025 | OUM
Plagiarism Free Report
On-Time Delivery
Native Writers
A+ Quality
100% Confidential
24*7 Online Assistance

Get these features included in Your Assignment

Facing Issues with Assignments? Talk to Our Experts Now!Download Our App Now!

Have Questions About Our Services?
Download Our App!

Get the App Today!

QRcode

Get Assistance for Assignments, online Exam, and Projects Writing