BPMMD1013 Introduction to Marketing Assignment Brief 2026 | UUM
Assignment Type
Individual Assignment
Subject
BPMMD1013 Introduction to Marketing
Uploaded by Malaysia Assignment Help
Date
07/08/2026
BPMMD1013 Assignment Brief
Tugasan 1 (Individu)
Siapa Sasaran Sebenar Saya? Refleksi Strategi Penyasaran Diri dan Jenama
Objektif Tugasan
Tugasan ini bertujuan membantu pelajar mengaplikasikan konsep STP (iaitu Segmetasi, Penyasaran, Peletakan) dengan fokus kepada penyasaran pasaran. Melalui tugasan ini, pelajar akan mengenal pasti bagaimana jenama menyasarkan pelanggan tertentu, menilai bagaimana strategi tersebut mempengaruhi diri sendiri sebagai pengguna, serta mengembangkan keupayaan refleksi dan tanggungjawab kendiri (kemahiran personal).
Arahan Tugasan
1. Pilih satu kategori produk yang telah ditetapkan oleh pensyarah (pilih satu jenama dalam kategori berikut):
a. Minuman gaya hidup – ZUS Coffee, Tealive, Starbucks
b. Fesyen kasual – Uniqlo, H&M, BUMIWear
c. Hiburan digital – Netflix, Spotify, Disney+
d. E-dagang – Shopee, Lazada, TikTok Shop
2. Kenal pasti siapa segmen sasarannya dan mengapa anda termasuk dalam segmen tersebut.
3. Jelaskan bagaimana jenama itu menyasarkan anda melalui strategi pemasaran.
4. Akhiri dengan refleksi kendiri tentang keberkesanan strategi penyasaran tersebut.
5. Bentuk & Output Tugasan
a. Infografik Naratif (1 halaman panjang) – Paparan visual yang menggabungkan analisis dan refleksi diri secara naratif dan bergambar.
b. Alat Disyorkan: Canva / PowerPoint.
6. Kaedah Penyerahan
a. Jenis Tugasan: Individu
b. Platform: LMS (Submit Assignment PJJ)
c. Format Fail: PDF atau pautan Canva
d. Panjang Tugasan: ±700–900 patah perkataan
e. Tarikh Serahan: Minggu ke-9
f. Markah: 20% daripada markah keseluruhan kursus
Tugasan 2 (Individu)
Diagnosis Strategi Pemasaran Jenama – Apa Masalahnya?
Objektif Tugasan
Tugasan ini menilai keupayaan pelajar mengenal pasti masalah pemasaran sebenar, menilai punca masalah menggunakan alat analisis pemasaran (4Ps), dan mencadangkan penyelesaian strategik berasaskan teori serta data semasa.
Arahan Tugasan
1. Pilih satu jenama sebenar (tempatan atau global) yang menghadapi cabaran pasaran.
2. Kenal pasti satu masalah utama pemasaran berkaitan produk, harga, tempat, atau promosi.
3. Jalankan analisis pemasaran menggunakan kerangka 4Ps untuk menilai punca masalah.
4. Cadangkan 3–4 strategi penyelesaian dengan justifikasi.
5. Sediakan infografik berkaitan dengan (masalah – analisis – cadangan penambahbaikan)
Report Format
1. Format dan Struktur Laporan (3 Muka Surat Bergambar)
2. Muka Surat 1 – Pengenalan & Isu Pemasaran
3. Muka Surat 2 – Analisis Masalah (SWOT/4P)
4. Muka Surat 3 – Cadangan Strategik & Infografik.
5. Spesifikasi Tugasan
a. Jenis Tugasan: Individu
b. Panjang Tugasan: ±1,000–1,200 patah perkataan
c. Format Fail: PDF (3 muka surat bergambar)
d. Platform: LMS
e. Tarikh Serahan: Minggu ke-11
f. Markah: 20% daripada keseluruhan kursus
Additional Notes
Kedua-dua tugasan individu ini menyumbang 40% daripada markah keseluruhan kursus dan direka bagi membolehkan pelajar ODL menghubungkan teori dengan amalan sebenar secara kreatif dan reflektif. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh dan format yang ditetapkan bagi memastikan penilaian dapat dijalankan dengan adil dan lengkap.
Order Custom BPMMD1013 Assignment Support Today
Get Help By Expert
Struggling with the BPMMD1013 Introduction to Marketing assignment at UUM? STP reflection, brand targeting, 4Ps analysis, and infographic requirements can make this task stressful and time-consuming. Malaysia Assignment Help provides customised, expert-written marketing solutions prepared around your module brief and course requirements. Get original, human-reviewed uum assignment help from marketing experts who understand complex assessment tasks. Share your BPMMD1013 requirements with us and order expert assignment support today.
Convincing Features

