JTW111/3: Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar memahami transaksi transaksi perakaunan dan dapat membentuk penyata kewangan: Prinsip Perakaunan Kewangan Assignment, USM, Malaysia
Assignment Type
Individual Assignment
Subject
JTW111/3: PRINSIP PERAKAUNAN KEWANGAN
Uploaded by Malaysia Assignment Help
Date
04/07/2022
SOALAN TUGASAN
TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar memahami transaksi transaksi perakaunan dan dapat membentuk penyata kewangan.
SOALAN 1
En Amru Nazli memulakan perniagaan sebuah kedai emas yang di beri nama Emas Ria. Kedai ini mula beroperasi pada 1 hb Jan 2021. Berikut adalah urusniaga pada bulan pertama operasi kedai.
- Memulakan perniagaan dengan modal tunai sebanyak RM50,000 yang dimasukkan ke dalam bank.
- Mendapat pinjaman dari Bank Islam Bhd sebanyak RM150,000 untuk kegunaan perniagaan
- Membeli sebuah van berharga RM58,200 secara kredit dari Syarikat Auto Sdn Bhd dan bayaran bulanan ialah RM693.00 di bayar pada 30 haribulan setiap bulan.
Stuck in This Assignment? Deadlines Are Near?
4.Membeli barang untuk jualan/stok daripada Syarikat Burung Emas bernilai RM9,000 secara pindahan tunai.
5.Membeli peralatan pejabat bernilai RM7,000 secara pindahan tunai.
6.Membeli komputer berharga RM3,000 untuk kegunaan kedai secara pindahan tunai.
7.Membeli barang untuk jualan/stok daripada Syarikat Han Seng bernilai RM 50,000 secara kredit
8.Pengubahsuian kedai bernilai RM46,000 dan telah membayar sebanyak RM20,000 kepada Syk Kayu Kayan dengan mengunakan cek dan selebihnya akan di bayar pada bulan hadapan
9.Membeli barang untuk dijual/stok dari Padi Emas Enterprise sebanyak RM 30,000 di bayar dengan cek
10.Membeli dari Unggul Sdn Bhd sebanyak RM50,000, RM30,000 dibayar mengunakan cek dan selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan berjumlah RM20,000. Barang-barang tersebut adalah untuk jualan.
11.Deposit elektrik sebanyak RM300.00 dan talipon RM200 di bayar dengan cek.
12.Pemilik mengambil RM2,000 untuk kegunaan sendiri.
13.Membayar insuran premium untuk perniagaan dengan cek sebanyak RM2,000 untuk bulan Jan hingga Mei 2021
14.Penjualan pada hari pertama sebanyak RM5,000 secara tunai dan di bank-in pada hari yang sama.
Get 30% Discount on This Assignment Answer Today!
15.Membayar kos promosi sebanyak RM3,000 dengan cek.
16.Kutipan jualan sebanyak RM 4,000 secara tunai dan di bank-in pada hari yang sama.
17.Kutipan jualan sebanyak RM 2,000 secara tunai dan di bank-in pada hari yang sama.
18.Menjual barang kemas kepada Perdana Sdn Bhd bernilai RM500 secara credit
19.Kutipan jualan sebanyak RM3,000 secara tunai dan di bank-in pada hari yang sama.
Maklumat tambahan
- Baki stok akhir bernilai RM123,042
- Kadar susutnilai untuk aset adalah:-
- Kenderaan 20% setahun
- Peralatan pejabat & perabot 20% setahun
- Komputer 20% setahun
- Mesin 20% setahun
Oleh itu anda dikehendaki menyediakan :-
- Catatan jurnal bagi urusniaga bulan Jan 2021
- Pindahkan catatan jurnal tersebut ke dalam legar am dan lejar subsidiari yang berkenaan.
- Sediakan Imbangan Duga pada 31 hb Jan 2021
- Sediakan Penyata Pendapatan untuk Kedai Emas Ria berakhir 31hb Jan 2021
- Sediakan Lembaran Imbangan atau Kunci Kira-kira pada 31hb Jan 2021
Get Solved Your Assignment(variable) and Earn A+ Grade!
Convincing Features

