SKPX2083 Kursus Psikologi Perkembangan Tugasan Individu Semester 1, Sesi 2025/2026 | National University of Malaysia (NUM)
Assignment Type
Individual Assignment
Subject
SKPX2083 Kursus Psikologi Perkembangan
Uploaded by Malaysia Assignment Help
Date
11/22/2025
TUGASAN INDIVIDU (SKPX2083)
Tajuk: Kajian Kes – Trajektori Perkembangan Hidup Individu
OBJEKTIF: CLO2 / HPK2- Menjelaskan teori-teori sedia ada dalam perkembangan manusia/Explain existing theories in human development. (A4, HPP4)
Struggling With Your SKPX2083 Developmental Psychology Assignment?
Arahan Tugasan:
- Kenal pasti dua (2) atau tiga (3) peristiwa penting yang berlaku dalam episod
kehidupan anda dan boleh dikaitkan dengan perkembangan anda sehingga pada masa
ini.- Anda boleh memilih peristiwa yang berlaku dalam hidup anda pada mana-mana peringkat perkembangan seperti kanak-kanak, remaja atau dewasa awal yang berkait dengan fizikal, kognitif, personaliti dan sosial anda (pilih 1 peringkat sahaja)
- Anda boleh memfokus kepada kepada perkembangan positif ATAU negatif.
- Gunakan DUA (2) teori psikologi perkembangan yang sangat relevan untuk
menerangkan perubahan yang anda alami berdasarkan pilihan perubahan yang berlaku sama ada fizikal, kognitif, personaliti atau sosial.
- Berikan penilaian dan penjelasan anda tentang sejauh mana teori tersebut sama/selari atau beza/bercanggah dengan perkembangan yang anda alami. Jelaskan aspek berikut:
- Adakah pengalaman anda menyokong teori tersebut?
- Adakah Pengalaman anda bercanggah dengan teori tersebut?
- Apakah persamaan dan perbezaan ketara antara teori dengan realiti hidup anda?
- Berikan ulasan reflektif secara kritikal.
- Ulaskan dan justifikasi hujah anda dengan sokongan bukti yang relevan (Gunakan rujukan ilmiah seperti jurnal akademik, buku teks, laporan kajian, atau statistik untuk menyokong pandangan anda.
Rubrik Pemarkahan (Jumlah: 30 Markah)
| Kriteria | Perincian | Markah |
|---|---|---|
| 1. Pemilihan dan Huraian Episod Hidup | – Jelas, relevan & memberi kesan terhadap diri (personaliti, makna hidup, gaya hidup) – Episod dihuraikan secara jelas dan reflektif |
7 markah |
| 2. Penggunaan 2 Teori Berkaitan | – Teori dipilih sesuai & diterapkan tepat – Perkaitan jelas dengan pengalaman individu – Huraian teori tepat dan selari |
8 markah |
| 3. Analisis Perbandingan Teori & Pengalaman | – Refleksi mendalam – Perbandingan bernas (persamaan/perbezaan) – Kritikal, bukan deskriptif semata-mata |
10 markah |
| 4. Justifikasi & Bukti Sokongan Ilmiah | – Rujukan/kajian/statistik – Hujah kukuh & sahih – Rujukan relevan & terkini |
5 markah |
| JUMLAH | 30 markah | |
| Komponen | ||||
|---|---|---|---|---|
| Sub-Kriteria | Cemerlang (9–10) | Baik (7–8) | Sederhana (5–6) | Lemah (0–4) |
| 1. Pengenalpastian Peristiwa & Perkaitan Perkembangan (10 markah) – Pilih 2–3 peristiwa penting – Fokus pada satu peringkat perkembangan – Kaitkan dengan aspek perkembangan (fizikal/kognitif/personaliti/sosial) |
Peristiwa sangat relevan, mendalam dan kritikal. Hubungan jelas & menyeluruh. | Peristiwa relevan dan dijelaskan baik. Hubungan wujud & munasabah. | Peristiwa agak relevan, kurang mendalam. Hubungan kurang jelas. | Peristiwa tidak relevan/umum. Tiada hubungan jelas. |
| Komponen Sub-Kriteria | ||||
| Sub-Kriteria | Cemerlang (9–10) | Baik (7–8) | Sederhana (5–6) | Lemah (0–4) |
| 2. Aplikasi & Penilaian Teori Psikologi (10 markah) – Gunakan 2 teori – Bandingkan teori dengan pengalaman sebenar – Refleksi kritikal |
Teori sangat relevan, aplikasi tepat & penilaian kritikal. | Teori relevan dan diaplikasi baik, penilaian wujud. | Teori agak relevan, aplikasi permukaan, penilaian kurang kritikal. | Teori tidak relevan/salah, tiada penilaian reflektif. |
| 3. Justifikasi Hujah & Sokongan Akademik (10 markah) – Sumber akademik (jurnal/buku/statistik) – Gaya penulisan akademik & tersusun |
Hujah kukuh, banyak sumber sahih, penulisan kemas. | Hujah baik, beberapa sumber, penulisan munasabah. | Hujah lemah, sokongan terhad, penulisan kurang tersusun. | Hujah tidak jelas/tiada sumber, penulisan tidak akademik. |
Nota Tambahan:
- Tugasan berbentuk esei reflektif pengalaman peribadi dan teori psikologi
perkembangan – gabungan antara pengalaman peribadi dan teori psikologi. - Plagiat adalah dilarang. Tugasan mestilah asli dan melalui semakan Turnitin (jika diminta
oleh pensyarah).
Tarikh Akhir Hantar: Selewat-lewatnya Minggu Ke-7 (melalui Google Drive)
Panjang Tugasan: 4 – 5 muka surat (tidak termasuk muka hadapan & rujukan)
Format:
- Fon: Times New Roman, Saiz Fon: 12, Jarak baris: 1.5 spacing
- Rujukan: Gaya UKM dan rujukan ilmiah (digalakkan menggunakan sumber
ilmiah/jurnal/kajian)
Need Expert Help for Your NUM Psychology Coursework?
Get Help By Expert
As an academic expert, I can confirm that many Malaysia students are struggling to complete their SKPX2083 Psikologi Perkembangan Individual Assignment because they lack time or feel confused about selecting life episodes and applying developmental theories correctly. But you don’t need to worry — Malaysia Assignment Help provides high-quality coursework assignment help that fully matches NUM’s academic standards.
Before placing an order, you can also check our SKPX2083 Developmental Psychology Assignment Sample to see the quality we deliver. Get a custom-written, plagiarism-free, 100% human-written assignment writing service help prepared exclusively for you, and secure high marks in your coursework.
Convincing Features

